This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday 25 April 2013



1.      Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak atau layak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia yang semakin moden. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian yang sebaiknya, perumahan yang selesa, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya. Ini bermakna, seseorang pengguna berhak mendapatkan kepada air yang bersih dan pendidikan yang selayaknya.

2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna. Atau kata lain, pengguna berhak mendapat perlindungan yang selamat ketika menggunakan barangan atau perkhidmatan daripada sesuatu atau perkara-perkara yang membahayakan mereka. Contohnya, barangan dan perkhidmatan yang mengancam kesihatan dan makanan yang dapat memudaratkan kesihatan pengguna.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4. Hak untuk membuat pilihan
Pengguna akan dipastikan mendapat maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna juga perlu diberikan penerangan yang dapat memberikan pilihan dalam membuat keputusan. Selain itu, Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu atau kualiti dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan dan selayaknya. Misalnya, apabila seseorang pengguna membeli atau menggunakan sesuatu perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan si penjualnya dan tanggungjawab pengguna hanyalah memilih barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki serta membayar yang telah ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

5. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Misalnya, seseorang pengguna itu telah membeli sebuah television tetapi seminggu kemudian, televisionnya telah mengalami kerosakan, oleh itu pengguna itu berhak mendapatkan haknya sebagai pengguna dengan mendapatkan television yang baru mengantikan yang lama daripada si penjual.

6. Hak untuk menyuarakan pendapat

Pengguna berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi atau secara mudahnya pengguna tidak mendapat layanan Yang sewajarnya. Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Oleh itu, Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan. Pengguna-pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu:


Friday 23 November 2012

SISTEM KOMPUTER

Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data (input) menerusi peranti-peranti tertentu seperti papan kekunci oleh pengguna. Data-data tersebut akan diproses menjadi maklumat yang berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan (output) menerusi peranti seperti monitor ataupun pada mesin pencetak. Maklumat tersebut juga boleh disimpan (storan) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.


Pengguna memasukkan data dengan menggunakan peranti input (seperti papan kekunci, tetikus) elektronik dan diproses oleh pemproses. Dalam operasi pemprosesan, data dimanipulasi untuk memproses atau mengubah ia ke dalam bentuk data iaitu maklumat.
Penyimpanan (seperti cakera keras, cakera padat (CD), disket) memegang data, maklumat dan program. Peranti output (seperti monitor, pencetak) membentangkan data diproses berguna maklumat produk kepada pengguna



PERANTI STORAN

Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan  pada bila-bila masa . Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada dua iaitu storan primer dan storan sekunder.

Storan Primer
Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory). Storan primer berada berasingan dengan dengan CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu
a. Ingatan Capaian Rawak (RAM)
b. Ingatan Baca Sahaja (ROM)




Ingatan Capaian Rawak (RAM)
RAM merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses oleh CPU. Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suis elektrik dimatikan, semua data yang disimpan di RAM akan hilang.
Fungsi RAM ialah:
1. Menyimpan aturcara system pengendalian dan perisian system.
2. Menyimpan aturcara perisian aplikasi yang digunakan
3. Menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan
4. Menyediakan ruang storan tambahan jika diperlukan



Ingatan Baca Sahaja (ROM)
Cip ingatan bacaan sahaja (ROM) mempunyai aturcara yang dimuatkan. Cip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguan. “Baca sahaja” bermaksud CPU boleh membaca atau mencapai aturcara yang ditulis dalam cip ROM. Di antara maklumat yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi system computer, kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set aturcara rutin asas dalam computer.
Fungsi ROM adalah untuk menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti arahan menghidupkan computer, bahasa penterjemahan aras tinggi dan sisitem pengoperasian.


Storan Sekunder
Storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dlam bentuk magnetic, optic atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB.

Fungsi storan sekunder adalah menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa. Funsi yang lain pula ialah menyimpan program sisitem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah computer. Fungsi lain ialah menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky Antivirus dan sebagainya.

Jenis-jenis storan sekunder adalah:
a. Medium Magnet
b. Storan Optikal


A-Medium Magnet
Terdapat tiga jenis storan magnetic yang biasa digunakan iaitu:



1. Pita Magnetik
Datanya disimpan pada segulung pita. Ia juga dikenali sebagai pita kaset. Ketumpatan pita disukat dalam unitbpi iaitu “bit per inches’. Ia murah dan sesuai dan sesuai digunakan sebagi sandaran



2.  Cakera Liut
Cakera Liut atau dikenali sebagai Disket


3. Cakera Keras
Cakera keras menggunakan plat metalik yang tebal dan kukuh. Ia mampu menyimpan secara kekal dan mencapai data pada kelajuan yang lebih cepat. Ia dapat menyimpan data dengan lebih banayk berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera optik ataupun pita. Saiz kapasiti muatan data boleh mencecah 1TB.


B-Storan Optikal
Menggunakan prinsip cahaya untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser yang digunkan menentukan data yang ditulis atau dibaca


Terdapat 3 jenis cakera optikal iaitu:
i.   CD (Compact Disk)
ii.  DVD (Digital Versatile/Video Disc)
iii. Blue-Ray Disc (BD)


C- Ingatan Kilat
Merupakan sejenis ingatan computer tidak meruap yang boleh dipadamkan dan diaturcara semula secara elektrikal.
2 jenis ingatan iaitu:



1. Pemacu keras USB
Merupakan peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antara muka USB. Ia lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.


2. Kad Memori
Merupakan media storan bagi peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, PDA, pemain audio digital dan kamera digital.


PERANTI OUTPUT


Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna.

Peranti output menukar data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer.  Antara contoh peranti output ialah:
  • monitor
  • projektor LCD
  • pencetak
  • pembesar suara
Atau dengan kata lain, peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan meklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna. Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. 


Monitor
Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube), LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.


Projektor LCD
Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas






Pencetak
Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenali salinan hard copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.


                                     

Pembesar Suara
Pembesar suara atau lebih dikenali sebgai speaker. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.



Headphone
Headphone adalah sepasang pembesar suara kecil yang diletakkan di atas telinga dan dipasang atau disambungkan  ke dalam port pada kad bunyi.






PERANTI INPUT

Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.

Semua peranti input mengekod (encode) maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital.

Antara contoh peranti input ialah :                                                                 
  • papan kekunci
  • tetikus
  • mikrofon
  • pengimbas
  • kamera digital
  • kayu ria
  • pengimbas kod bar
  • pembaca kad pintar
Tanpa peranti Input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen sahaja iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.
Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta hasil yang dikenali sebagai output.
Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video.


Papan Kekunci (KeyBoard)

Merupakan peranti yang digunakan untukmemasukkan data dan arahan. Terdapat berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), “rasa/sentuhan” dan bilangan kekunci.

Pada kebiasaanya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y.




Mesin Pengimbas

Peranti ini menukarkan imej teks, lukisan , gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer.
Imej yang telah diproses boleh dipapaprkan di skrin, di simpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.






Kamera Digital

Imej kamera digital direkodkan secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera. Pelajar mampu menggambil gambar , melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam tempoh yang singkat sahaja.






Pengimbas Kod Bar

Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya dimana ianya mewakili nombor. Pengimbas Kod Bar digunakan untuk mengiput data dari kod bar ke dalam komputer.
Kebanyakan  barang-barang sekarang menggunakan kod bar sebagai maklumat produk.



Mikrofon

Peranti ini digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital. Secara amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk bunyi sebagai input.






Kamera Web

Kamera Web berfungsi untuk merakam atau memasukan gambar yang akan disimpan dalam memori komputer. Peranti ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus.



Tetikus
Tetikus salah satu peranti input yang diperlukan untuk melengkapkan sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang digunakan samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan sebagainya tetap memerlukan Tetikus. Tetikus boleh diibaratkan sebagai tangan manusia. Tanpa tetikus kita tidak dapat menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh dilakukan menggunakan papan kekunci. Tetikus berfungsi sebagai pengerak cursor pada skrin monitor.

Kebiasaannya, pada tetikus terdapat 2 hingga 3 butang yang mana mempunyai fungsi yang tertentu.Secara amnya, butang sebelah kiri untuk membuka atau memulakan sesuatu program atau data.Butang yang kanan pula untuk melihat properties file atau program tersebut.Namun begitu setting tersebut boleh diubah mengikut kesesuain pengguna dengan klik pada “Start -Setting – Control Panel – Mouse”

Pada masa kini terdapat 4 jenis sambungan tetikus ke komputer iaitu :




1. Standard Serial Mouse.
Tetikus yang sudah jarang dipakai oleh pengguna umum. Biasanya tetikus ini digunakan pada komputer Pentium 1 dan Pentium 2.

2. PS2
Tetikus yang digunakan pada komputer Pentium 3 dan Pentium 4



3. USB
Tetikus yang sudah umum digunakan oleh pengguna dengan meluas.Digunakan pada komputer Pentium 3 dan 4



4. Optical
Tetikus ini tidak menggunakan bebola untuk menunjuk pointer melainkan menggunakan sinar laser yang berwarna-warni.



5. Wireless
Tetikus terbaru tanpa kabel. Kini Mouse Wireless yang kini sudah meluas penggunaannya dikalangan pengguna.



Kayu Ria

Kayu ria, juga dikenali sebagai kayu bedik merupakan tambahan perkakasan komputer atau peranti kayu kendali tangan kegunaan umum yang berputar pada satu hujung dan menghantar perutusan mengenai sudutnya dalam dua atau tiga dimensi pada komputer. Dengan kata lain Kayu Ria adalah peranti penunjuk yang mempunyai lengan yang boleh digerakkan ke beberapa arah bagi memandu kursor atau objek grafik lain pada skrin komputer.

Kayu ria sering kali digunakan bagi mengendalikan permainan video, dan biasanya mempunyai satu atau lebih butang tekan yang kedudukannya boleh dibaca komputer. Istilah kayu ria menjadi sebati dengan kawalan permainan yang boleh disambungkan kepada komputer kerana komputer mengiktiraf input ini sebagai "input kayu ria".
Selain bagi kawalan komputer, kayu ria turut digunakan bagi mengawal mesin seperti lif, kren, lori, kerusi roda bermotor dan sebahagian mesin potong rumput putar setempat. Kini kayu ria mini telah digunakan sebagai peranti mengendali perkakasan eletronik lebih kecil seperti telefon bimbit.



APA ITU CPU?


Unit Pemprosesan Pusat atau juga dikenali sebagai CPU (Central Processing Unit) merupakan otak bagi sesebuah sistem komputer.  Ia berperanan menterjemahkan data input kepada maklumat output yang lebih bermakna.  


CPU juga merupakan litar elektronik yang dinamakan pemproses mikro.  CPU berperanan untuk melaksana serta mengawal keseluruhan operasi komputer. Hampir semua pengiraan serta penentuan logikal dilaksanakan di situ.  
       Jumpa Lagi!

Komponen utama CPU akan dibincangkan dalam entri AnakCucuPahang yang seterusnya.