PERKAKASAN KOMPUTER
Perkakasan Komputer merupakan komponen fizikal sistem komputer. Secara amnya, perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 5 kumpulan yang utama iaitu:
- Unit Pemprosesan Pusat
- Peranti Input
- Peranti Output
- Peranti Storan
- Sistem Komputer
Setiap kumpulan perkakasan tersebut mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Setiap satunya saling bersandaran dan saling melengkapkan
antara satu sama lain bagi membentuk sebuah sistem komputer yang lengkap dan sempurna.
_____________________________________________________________________
APA ITU CPU?
Unit Pemprosesan Pusat atau juga dikenali sebagai CPU (Central Processing Unit) merupakan otak bagi sesebuah sistem komputer. Ia berperanan menterjemahkan data input kepada maklumat output yang lebih bermakna.
CPU juga merupakan litar elektronik yang dinamakan pemproses mikro. CPU berperanan untuk melaksana serta mengawal keseluruhan operasi komputer. Hampir semua pengiraan serta penentuan logikal dilaksanakan di situ.
Jumpa Lagi!
Komponen utama CPU akan dibincangkan dalam entri AnakCucuPahang yang seterusnya.

Jumpa Lagi! |
Komponen utama CPU akan dibincangkan dalam entri AnakCucuPahang yang seterusnya.
_______________________________________________________________
PERANTI INPUT
Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.
Semua peranti input mengekod (encode) maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital.
Antara contoh peranti input ialah :
- papan kekunci
- tetikus
- mikrofon
- pengimbas
- kamera digital
- kayu ria
- pengimbas kod bar
- pembaca kad pintar
Tanpa peranti Input, sesebuah komputer
hanya bertindak seperti televisyen sahaja iaitu hanya memaparkan maklumat
sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.
Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke
memori utama, pemprosesan serta hasil yang dikenali sebagai output.
Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks,
grafik, audio dan video.
Papan Kekunci (KeyBoard)
Merupakan peranti yang digunakan untukmemasukkan data dan
arahan. Terdapat berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur),
“rasa/sentuhan” dan bilangan kekunci.
Pada kebiasaanya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY
kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T
dan Y.
Peranti ini menukarkan imej teks, lukisan , gambar dan
yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk
dimasukkan secara langsung ke komputer.
Imej yang telah diproses boleh dipapaprkan di skrin, di
simpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.
Kamera Digital
Imej kamera digital direkodkan secara digital pada cakera
atau dalam ingatan kamera. Pelajar mampu menggambil gambar , melihat dan
meletakkannya di halaman Web dalam tempoh yang singkat sahaja.
Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya dimana
ianya mewakili nombor. Pengimbas Kod Bar digunakan untuk mengiput data dari kod
bar ke dalam komputer.
Kebanyakan barang-barang sekarang menggunakan kod bar
sebagai maklumat produk.
Mikrofon
Peranti ini digunakan untuk merekod atau memainkan muzik
analog kepada bentuk digital. Secara amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk
bunyi sebagai input.
Kamera Web
Kamera Web berfungsi untuk merakam atau memasukan gambar
yang akan disimpan dalam memori komputer. Peranti ini membolehkan gambar video
ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus.
Tetikus
Tetikus salah satu peranti input yang diperlukan untuk melengkapkan
sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang digunakan
samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan
sebagainya tetap memerlukan Tetikus. Tetikus boleh
diibaratkan sebagai tangan manusia. Tanpa tetikus kita tidak
dapat menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh
dilakukan menggunakan papan kekunci. Tetikus berfungsi sebagai
pengerak cursor pada skrin monitor.
Kebiasaannya, pada tetikus terdapat 2 hingga 3 butang yang mana mempunyai fungsi yang tertentu.Secara amnya, butang sebelah kiri untuk membuka atau memulakan sesuatu program atau data.Butang yang kanan pula untuk melihat properties file atau program tersebut.Namun begitu setting tersebut boleh diubah mengikut kesesuain pengguna dengan klik pada “Start -Setting – Control Panel – Mouse”
Pada masa kini terdapat 4 jenis sambungan tetikus ke
komputer iaitu :
1. Standard Serial Mouse.
Tetikus yang sudah jarang dipakai oleh pengguna umum. Biasanya tetikus ini
digunakan pada komputer Pentium 1 dan Pentium 2.
2. PS2
Tetikus yang digunakan pada komputer Pentium 3 dan Pentium 4
3. USB
Tetikus yang sudah umum digunakan oleh pengguna dengan meluas.Digunakan
pada komputer Pentium 3 dan 4
4. Optical
Tetikus ini tidak menggunakan bebola untuk menunjuk pointer melainkan
menggunakan sinar laser yang berwarna-warni.
5. Wireless
Tetikus terbaru tanpa kabel. Kini Mouse Wireless yang kini sudah meluas
penggunaannya dikalangan pengguna.
Kayu Ria
Kayu
ria, juga dikenali sebagai kayu bedik merupakan tambahan perkakasan komputer
atau peranti kayu kendali tangan kegunaan umum yang berputar pada satu hujung
dan menghantar perutusan mengenai sudutnya dalam dua atau tiga dimensi pada
komputer. Dengan kata lain Kayu Ria adalah peranti penunjuk yang mempunyai
lengan yang boleh digerakkan ke beberapa arah bagi memandu kursor atau objek
grafik lain pada skrin komputer.
Kayu
ria sering kali digunakan bagi mengendalikan permainan video, dan biasanya
mempunyai satu atau lebih butang tekan yang kedudukannya boleh dibaca komputer.
Istilah kayu ria menjadi sebati dengan kawalan permainan yang boleh
disambungkan kepada komputer kerana komputer mengiktiraf input ini sebagai
"input kayu ria".
Selain
bagi kawalan komputer, kayu ria turut digunakan bagi mengawal mesin seperti
lif, kren, lori, kerusi roda bermotor dan sebahagian mesin potong rumput putar
setempat. Kini kayu ria mini telah digunakan sebagai peranti mengendali
perkakasan eletronik lebih kecil seperti telefon bimbit.
____________________________________________________
PERANTI OUTPUT
Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna.
Peranti output menukar data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer. Antara contoh peranti output ialah:
- monitor
- projektor LCD
- pencetak
- pembesar suara
Atau dengan kata lain, peranti
output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan
meklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat,
digunakan atau didengar oleh pengguna. Data yang diinput menerusi peranti input
perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh
mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh
manusia.
Memaparkan
maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas
skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks
dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube), LCD
(Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.
Fungsi
yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di
sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas
Pencetak
adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk
cetakan pada kertas. Juga dikenali salinan hard copy. Manakala salinan dalam
disket dikenali sebagai soft copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang
terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser,
Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.
Pembesar
Suara
Pembesar
suara atau lebih dikenali sebgai speaker. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk
bunyi/audio.
______________________________________________________________
PERANTI STORAN
Komputer
merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan,
maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa . Komputer menyimpannya
di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
Storan
adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada dua iaitu
storan primer dan storan sekunder.
Storan
Primer
Storan
primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access
Memory) dan ROM (Read-Only Memory). Storan primer berada berasingan dengan
dengan CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh
dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu
a.
Ingatan Capaian Rawak (RAM)
b.
Ingatan Baca Sahaja (ROM)
RAM
merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses oleh CPU.
Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suis elektrik dimatikan,
semua data yang disimpan di RAM akan hilang.
Fungsi
RAM ialah:
1.
Menyimpan aturcara system pengendalian dan perisian system.
2.
Menyimpan aturcara perisian aplikasi yang digunakan
3.
Menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan
4.
Menyediakan ruang storan tambahan jika diperlukan
Ingatan
Baca Sahaja (ROM)
Cip
ingatan bacaan sahaja (ROM) mempunyai aturcara yang dimuatkan. Cip ROM tidak
meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguan. “Baca sahaja” bermaksud CPU boleh
membaca atau mencapai aturcara yang ditulis dalam cip ROM. Di antara maklumat
yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi system computer, kod
mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set aturcara rutin asas
dalam computer.
Fungsi
ROM adalah untuk menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti arahan
menghidupkan computer, bahasa penterjemahan aras tinggi dan sisitem
pengoperasian.
Storan
Sekunder
Storan
sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan
untuk menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan sekunder
adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan
arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia akan
kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan. Storan ini tidak meruap kerana data
disimpan dlam bentuk magnetic, optic atau magneto-optik yang tidak memerlukan
bekalan tenaga. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB
atau 10TB.
Fungsi
storan sekunder adalah menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video,
lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa. Funsi yang lain
pula ialah menyimpan program sisitem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah
computer. Fungsi lain ialah menyimpan pelbagai program aplikasi dan program
utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky Antivirus dan sebagainya.
Jenis-jenis
storan sekunder adalah:
a. Medium Magnet
b. Storan Optikal
A-Medium
Magnet
Terdapat
tiga jenis storan magnetic yang biasa digunakan iaitu:
1.
Pita Magnetik
Datanya
disimpan pada segulung pita. Ia juga dikenali sebagai pita kaset. Ketumpatan
pita disukat dalam unitbpi iaitu “bit per inches’. Ia murah dan sesuai dan
sesuai digunakan sebagi sandaran
2. Cakera Liut
Cakera
Liut atau dikenali sebagai Disket
3.
Cakera Keras
Cakera
keras menggunakan plat metalik yang tebal dan kukuh. Ia mampu menyimpan secara
kekal dan mencapai data pada kelajuan yang lebih cepat. Ia dapat menyimpan data
dengan lebih banayk berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera
liut, cakera optik ataupun pita. Saiz kapasiti muatan data boleh mencecah 1TB.
B-Storan
Optikal
Menggunakan
prinsip cahaya untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser yang
digunkan menentukan data yang ditulis atau dibaca
Terdapat
3 jenis cakera optikal iaitu:
i. CD (Compact Disk)
ii. DVD (Digital Versatile/Video Disc)
iii.
Blue-Ray Disc (BD)
C-
Ingatan Kilat
Merupakan
sejenis ingatan computer tidak meruap yang boleh dipadamkan dan diaturcara
semula secara elektrikal.
2
jenis ingatan iaitu:
1.
Pemacu keras USB
Merupakan
peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antara muka USB. Ia
lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana
sahaja.
2.
Kad Memori
Merupakan
media storan bagi peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, PDA,
pemain audio digital dan kamera digital.
_______________________________________________________
SISTEM KOMPUTER
Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang
berupaya menerima data (input) menerusi peranti-peranti tertentu seperti papan
kekunci oleh pengguna. Data-data tersebut akan diproses menjadi maklumat yang
berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan
(output) menerusi peranti seperti monitor ataupun pada mesin pencetak. Maklumat
tersebut juga boleh disimpan (storan) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.
Pengguna memasukkan data dengan menggunakan peranti input
(seperti papan kekunci, tetikus) elektronik dan diproses oleh pemproses. Dalam
operasi pemprosesan, data dimanipulasi untuk memproses atau mengubah ia ke
dalam bentuk data iaitu maklumat.
Penyimpanan (seperti cakera keras, cakera padat (CD),
disket) memegang data, maklumat dan program. Peranti output (seperti monitor,
pencetak) membentangkan data diproses berguna maklumat produk kepada pengguna
_______________________________________________________________
PERANTI INPUT
Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.
Semua peranti input mengekod (encode) maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital.
Antara contoh peranti input ialah :
- papan kekunci
- tetikus
- mikrofon
- pengimbas
- kamera digital
- kayu ria
- pengimbas kod bar
- pembaca kad pintar
Tanpa peranti Input, sesebuah komputer
hanya bertindak seperti televisyen sahaja iaitu hanya memaparkan maklumat
sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.
Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke
memori utama, pemprosesan serta hasil yang dikenali sebagai output.
Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks,
grafik, audio dan video.
Papan Kekunci (KeyBoard)
Merupakan peranti yang digunakan untukmemasukkan data dan
arahan. Terdapat berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur),
“rasa/sentuhan” dan bilangan kekunci.
Pada kebiasaanya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY
kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T
dan Y.
Peranti ini menukarkan imej teks, lukisan , gambar dan
yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk
dimasukkan secara langsung ke komputer.
Imej yang telah diproses boleh dipapaprkan di skrin, di
simpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.
Kamera Digital
Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya dimana ianya mewakili nombor. Pengimbas Kod Bar digunakan untuk mengiput data dari kod bar ke dalam komputer.
Tetikus
Kayu ria, juga dikenali sebagai kayu bedik merupakan tambahan perkakasan komputer atau peranti kayu kendali tangan kegunaan umum yang berputar pada satu hujung dan menghantar perutusan mengenai sudutnya dalam dua atau tiga dimensi pada komputer. Dengan kata lain Kayu Ria adalah peranti penunjuk yang mempunyai lengan yang boleh digerakkan ke beberapa arah bagi memandu kursor atau objek grafik lain pada skrin komputer.
Imej kamera digital direkodkan secara digital pada cakera
atau dalam ingatan kamera. Pelajar mampu menggambil gambar , melihat dan
meletakkannya di halaman Web dalam tempoh yang singkat sahaja.
Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya dimana ianya mewakili nombor. Pengimbas Kod Bar digunakan untuk mengiput data dari kod bar ke dalam komputer.
Kebanyakan barang-barang sekarang menggunakan kod bar
sebagai maklumat produk.
Mikrofon
Peranti ini digunakan untuk merekod atau memainkan muzik
analog kepada bentuk digital. Secara amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk
bunyi sebagai input.
Kamera Web
Kamera Web berfungsi untuk merakam atau memasukan gambar
yang akan disimpan dalam memori komputer. Peranti ini membolehkan gambar video
ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus.
Tetikus
Tetikus salah satu peranti input yang diperlukan untuk melengkapkan
sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang digunakan
samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan
sebagainya tetap memerlukan Tetikus. Tetikus boleh
diibaratkan sebagai tangan manusia. Tanpa tetikus kita tidak
dapat menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh
dilakukan menggunakan papan kekunci. Tetikus berfungsi sebagai
pengerak cursor pada skrin monitor.
Kebiasaannya, pada tetikus terdapat 2 hingga 3 butang yang mana mempunyai fungsi yang tertentu.Secara amnya, butang sebelah kiri untuk membuka atau memulakan sesuatu program atau data.Butang yang kanan pula untuk melihat properties file atau program tersebut.Namun begitu setting tersebut boleh diubah mengikut kesesuain pengguna dengan klik pada “Start -Setting – Control Panel – Mouse”
Pada masa kini terdapat 4 jenis sambungan tetikus ke
komputer iaitu :
1. Standard Serial Mouse.
Tetikus yang sudah jarang dipakai oleh pengguna umum. Biasanya tetikus ini
digunakan pada komputer Pentium 1 dan Pentium 2.
2. PS2
Tetikus yang digunakan pada komputer Pentium 3 dan Pentium 4
3. USB
Tetikus yang sudah umum digunakan oleh pengguna dengan meluas.Digunakan
pada komputer Pentium 3 dan 4
4. Optical
Tetikus ini tidak menggunakan bebola untuk menunjuk pointer melainkan
menggunakan sinar laser yang berwarna-warni.
5. Wireless
Tetikus terbaru tanpa kabel. Kini Mouse Wireless yang kini sudah meluas
penggunaannya dikalangan pengguna.
Kayu Ria
Kayu ria, juga dikenali sebagai kayu bedik merupakan tambahan perkakasan komputer atau peranti kayu kendali tangan kegunaan umum yang berputar pada satu hujung dan menghantar perutusan mengenai sudutnya dalam dua atau tiga dimensi pada komputer. Dengan kata lain Kayu Ria adalah peranti penunjuk yang mempunyai lengan yang boleh digerakkan ke beberapa arah bagi memandu kursor atau objek grafik lain pada skrin komputer.
Kayu
ria sering kali digunakan bagi mengendalikan permainan video, dan biasanya
mempunyai satu atau lebih butang tekan yang kedudukannya boleh dibaca komputer.
Istilah kayu ria menjadi sebati dengan kawalan permainan yang boleh
disambungkan kepada komputer kerana komputer mengiktiraf input ini sebagai
"input kayu ria".
Selain
bagi kawalan komputer, kayu ria turut digunakan bagi mengawal mesin seperti
lif, kren, lori, kerusi roda bermotor dan sebahagian mesin potong rumput putar
setempat. Kini kayu ria mini telah digunakan sebagai peranti mengendali
perkakasan eletronik lebih kecil seperti telefon bimbit.
____________________________________________________
PERANTI OUTPUT
Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna.
Peranti output menukar data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer. Antara contoh peranti output ialah:
- monitor
- projektor LCD
- pencetak
- pembesar suara
Atau dengan kata lain, peranti
output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan
meklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat,
digunakan atau didengar oleh pengguna. Data yang diinput menerusi peranti input
perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh
mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh
manusia.
Memaparkan
maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas
skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks
dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube), LCD
(Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.
Fungsi
yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di
sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas
Pencetak
adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk
cetakan pada kertas. Juga dikenali salinan hard copy. Manakala salinan dalam
disket dikenali sebagai soft copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang
terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser,
Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.
Pembesar
Suara
Pembesar
suara atau lebih dikenali sebgai speaker. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk
bunyi/audio.
______________________________________________________________
PERANTI STORAN
Komputer
merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan,
maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa . Komputer menyimpannya
di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
Storan
adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada dua iaitu
storan primer dan storan sekunder.
Storan
Primer
Storan
primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access
Memory) dan ROM (Read-Only Memory). Storan primer berada berasingan dengan
dengan CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh
dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu
a.
Ingatan Capaian Rawak (RAM)
b.
Ingatan Baca Sahaja (ROM)
RAM
merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses oleh CPU.
Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suis elektrik dimatikan,
semua data yang disimpan di RAM akan hilang.
Fungsi
RAM ialah:
1.
Menyimpan aturcara system pengendalian dan perisian system.
2.
Menyimpan aturcara perisian aplikasi yang digunakan
3.
Menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan
4.
Menyediakan ruang storan tambahan jika diperlukan
Ingatan Baca Sahaja (ROM)
Cip
ingatan bacaan sahaja (ROM) mempunyai aturcara yang dimuatkan. Cip ROM tidak
meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguan. “Baca sahaja” bermaksud CPU boleh
membaca atau mencapai aturcara yang ditulis dalam cip ROM. Di antara maklumat
yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi system computer, kod
mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set aturcara rutin asas
dalam computer.
Fungsi
ROM adalah untuk menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti arahan
menghidupkan computer, bahasa penterjemahan aras tinggi dan sisitem
pengoperasian.
Storan
Sekunder
Storan
sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan
untuk menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan sekunder
adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan
arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia akan
kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan. Storan ini tidak meruap kerana data
disimpan dlam bentuk magnetic, optic atau magneto-optik yang tidak memerlukan
bekalan tenaga. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB
atau 10TB.
Fungsi
storan sekunder adalah menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video,
lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa. Funsi yang lain
pula ialah menyimpan program sisitem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah
computer. Fungsi lain ialah menyimpan pelbagai program aplikasi dan program
utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky Antivirus dan sebagainya.
Jenis-jenis
storan sekunder adalah:
a. Medium Magnet
b. Storan Optikal
A-Medium
Magnet
Terdapat
tiga jenis storan magnetic yang biasa digunakan iaitu:
1.
Pita Magnetik
Datanya
disimpan pada segulung pita. Ia juga dikenali sebagai pita kaset. Ketumpatan
pita disukat dalam unitbpi iaitu “bit per inches’. Ia murah dan sesuai dan
sesuai digunakan sebagi sandaran
2. Cakera Liut
Cakera
Liut atau dikenali sebagai Disket
3.
Cakera Keras
Cakera
keras menggunakan plat metalik yang tebal dan kukuh. Ia mampu menyimpan secara
kekal dan mencapai data pada kelajuan yang lebih cepat. Ia dapat menyimpan data
dengan lebih banayk berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera
liut, cakera optik ataupun pita. Saiz kapasiti muatan data boleh mencecah 1TB.
B-Storan
Optikal
Menggunakan
prinsip cahaya untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser yang
digunkan menentukan data yang ditulis atau dibaca
Terdapat
3 jenis cakera optikal iaitu:
i. CD (Compact Disk)
ii. DVD (Digital Versatile/Video Disc)
iii.
Blue-Ray Disc (BD)
C-
Ingatan Kilat
Merupakan
sejenis ingatan computer tidak meruap yang boleh dipadamkan dan diaturcara
semula secara elektrikal.
2
jenis ingatan iaitu:
1.
Pemacu keras USB
Merupakan
peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antara muka USB. Ia
lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana
sahaja.
2.
Kad Memori
Merupakan
media storan bagi peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, PDA,
pemain audio digital dan kamera digital.
_______________________________________________________
SISTEM KOMPUTER
Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang
berupaya menerima data (input) menerusi peranti-peranti tertentu seperti papan
kekunci oleh pengguna. Data-data tersebut akan diproses menjadi maklumat yang
berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan
(output) menerusi peranti seperti monitor ataupun pada mesin pencetak. Maklumat
tersebut juga boleh disimpan (storan) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.
Pengguna memasukkan data dengan menggunakan peranti input
(seperti papan kekunci, tetikus) elektronik dan diproses oleh pemproses. Dalam
operasi pemprosesan, data dimanipulasi untuk memproses atau mengubah ia ke
dalam bentuk data iaitu maklumat.
Penyimpanan (seperti cakera keras, cakera padat (CD),
disket) memegang data, maklumat dan program. Peranti output (seperti monitor,
pencetak) membentangkan data diproses berguna maklumat produk kepada pengguna
qwerty
ReplyDeleteTerima kasih atas ilmu yang di
ReplyDeletekongsikan